
Samsung Galaxy A60 Diperkenal – Terbina Dengan Tiga Kamera Utama + Paparan Berlubang
Samsung kini menambah lagi pewaris baru dalam siri Galaxy A menerusi kemunculan Samsung Galaxy A60. Galaxy A60 tampil dengan reka bentuk segar di samping spesfikasi lebih terkini.
Galaxy A60 dilengkapi rekaan skrin berlubang yang didatangkan dengan paparan LCD berukuran 6.3″ FHD+. Nisbah skrin-ke-badan adalah sebanyak 92% dan diameter lubang pada skrin bersaiz 4.8mm (lebih kecil berbanding HONOR View20 & Samsung Galaxy A8s).

Ia dijana oleh cip pemproses Snapdragon 675, dibantu GPU Adreno 612 bersama memori 6GB RAM + 128GB ROM. Galaxy A60 mempunyai tiga kamera utama 32MP (f/1.7) + 8MP (f/2.2) + 5MP (f/2.2) disamping kamera swafoto 32MP.
Melengkapinya, bateri berkapasiti 3,500 mAh dan pengimbas cap jari fizikal pada bahagian belakang peranti. Galaxy A60 ditawarkan di China pada harga harga CNY1,999 (~kira-kira RM1,236). Buat masa ini, tiada maklumat mengenai harga untuk pasaran tempatan, mungkin kita akan mengetahuinya kelak.

