Akhirnya…. Lengkap Sudah Pakar Selfie OPPO F1s!

Akhirnya teka-teki mengenai 4 orang pakar selfie OPPO didedahkan! OPPO F1s bakal dilancarkan di Malaysia pada 10 Ogos 2016  bersama 4 orang selebriti terkenal Malaysia.

Menerusi pendedahan seorang demi seorang di Facebook OPPO Malaysia, pakar selfie terbaru ini diketuai oleh Nora Danish dan dianggotai oleh aktres JC Chee, selebriti media sosial Min Chen dan terbaru, pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat. Kesemua mereka tampil dengan tema selfie tersendiri.

OPPO F1s menyokong lensa penggambaran selfie 16 Megapiksel dengan mod Beautify 4.0, manakala kamera utama pula beresolusi 13 Megapiksel bersama LED flash.

Walau bagaimanapun, harga rasmi untuk peranti ini akan didedahkan pada 10 Ogos 2016 ini. Pastinya 4 orang pakar selfie ini akan sama-sama menyertai pelancaran tersebut! Stay tuned…

F1s Selfie Expert - Ayda Jebat F1s Selfie Expert - JC Chee F1s Selfie Expert - Min Chen F1s Selfie Expert - Nora Danish

You might also like