
Doogee Malaysia telah melancarkan smartphone terbaru dalam kelas entry level yang dikenali sebagai Doogee X5 Max dalam pasaran Malaysia. Dalam usaha untuk memenuhi permintaan pasaran yang berbeza, Doogee juga telah mengeluarkan varian berspesifikasi lebih tinggi iaitu Doogee X5 Max Pro.
Walaupun diperbuat daripada plastik, Doogee X5 Max datang dengan bingkai besi untuk ketahanan yang lebih baik dan memudahkan anda memegang peranti. X5 Max mempunyai skrin 5.0 inci jenis IPS yang menawarkan resolusi 1280 x 720 piksel yang bersamaan dengan kira-kira 294 piksel per inci. X5 Max dikuasakan oleh pemproses 64-bit MediaTek MTK6580 Quad-core yang dibantu pemproses grafik Mali-400MP.
Untuk spesifikasi memori, Doogee X5 Max menawarkan 1GB RAM dengan 8GB memori dalaman. Perbezaan X5 Max dan X5 Max Pro terletak kepada RAM dan memori dalaman, di mana X5 Max Pro mempunyai 2GB RAM dan 16GB memori dalaman. Kedua-dua peranti menyokong kad microSD sebesar 32GB.
Bagi mereka yang bimbang tentang isu keselamatan, X5 Max dan X5 Max Pro hadir dengan sensor cap jari pada bahagian belakang peranti. Fungsi ini pada kebiasaannya ditawarkan bersama peranti premium dan mempunyai kelas harga yang jauh lebih tinggi. Namun, dengan Doogee keselamtan peranti dan data anda pasti terjamin walaupun model ini dijual pada harga yang jauh lebih rendah dari peranti dengan sensor cap jari yang lain.
Harga tawaran bagi Doogee X5 Max adalah RM 299, sementara Doogee X5 Max Pro adalah RM 459.
Baca juga:

