
Baru-baru ini Digi dengan kerjasama Gibraltar BSN telah melancarkan Dengue Cover+, sebuah pelan perlindungan digital sepenuhnya edaran Digi dan ditawarkan secara eksklusif kepada semua pelanggan pasca bayar dan prabayar Digi sedia ada di Malaysia, yang berumur 18 ~ 45 tahun menerusi pendaftaran mudah secara dalam talian.

Pelanggan Digi di kawasan berisiko tinggi wabak denggi akan menerima notis pemberitahuan segera daripada pihak Digi, pada masa yang sama, mereka juga akan ditawarkan peluang untuk melindungi diri serta keluarga dengan Dengue Cover+.

Pelan insurans digital ini boleh didapati bermula dengan harga serendah RM0.15 (pakej Silver) sehari yang menawarkan manfaat Tunai Hospital, manfaat Kematian serta manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD), termasuk manfaat tambahan sekiranya pelanggan mengalami serangan virus Denggi atau Zika. Premium akan dimasukkan terus ke akaun Digi mereka dan pemohon juga tidak perlu menjalani sebarang bentuk pemeriksaan kesihatan.
| Pelan Insuran | Silver | Gold | Platinum |
| Premium Bulanan | RM5 | RM10 | RM20 |
| Premium Tahunan (PERCUMA perlindungan sebulan) |
RM55 | RM110 | RM220 |
| Manfaat Kematian | RM10,000 | RM 20,000 | RM 40,000 |
| TPD (*Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal) | RM10,000 | RM20,000 | RM40,000 |
| Manfaat Tambahan Kematian Akibat Kemalangan | RM10,000 | RM20,000 | RM40,000 |
| Manfaat Tambahan TPD Akibat Kemalangan | RM10,000 | RM20,000 | RM40,000 |
| Manfaat Tambahan Kematian untuk Kematian Akibat Denggi yang Teruk atau Jangkitan Virus Zika | RM10,000 | RM20,000 | RM40,000 |
| Manfaat Tunai Hospital akibat Demam Denggi atau Jangkitan Virus Zika | RM30/hari | RM60/hari | RM120/hari |
| Kelayakan pemohon | 18 – 45 tahun | ||
| Terma bayaran | Dicaj pada baki prabayar atau akaun pasca bayar. | ||
Maklumat lanjut boleh layari Digi Dengue Cover+.

