Twitter Kini Menyokong Format GIF

1158-blog

Twitter kadang kala sedikit bosan dan statik dengan hanya dipenuhi newsfeed dalam format teks, namun semua itu sudah berubah kerana Twitter secara rasminya telah mengintegrasikan butang media untuk format fail GIF di dalam platform mereka.

Apabila anda membuka fungsi compose tweet, satu ikon kecil akan muncul di bahagian bawah di mana anda boleh mengaktifkan butang tersebut untuk memasukkan media format GIF. Anda tidak perlu risau sekiranya anda tiada koleksi fail GIF yang banyak ataupun menarik, ini kerana Twitter telah bekerjasama dengan Giphy dan Riffsy, iaitu dua enjin carian terbesar fail GIF.

 

You might also like