

Bank Islam Malaysia Bhd kini telah memperkenalkan aplikasi SnapNPay, yang mana memudahkan pengguna untuk memberi sumbangan kepada Sadaqa House.
Sadaqa House merupakan kewangan sosial yang ditubuhkan oleh bank berkenaan yang telah dilancarkan tahun lalu.
Menurut laporan daripada Bernama, aplikasi SnapNPay ini membenarkan pengguna untuk membayar menerusi enjin FPX dengan menggunakan maklumat dan data yang diberikan oleh pelanggan dalam bentuk kod QR atau Kod Bar.
Cara untuk memuat turun aplikasi ini amat mudah, anda boleh memuat turun aplikasi ini secara percuma dan tanpa pendaftaran di Playstore Appsstore (Tersedia pada bulan ini).
Baca juga:
- 5 Aplikasi Yang Guna Data Anda Dengan Banyak
- Huawei nova 3i – Peranti Terbaik Buat Insan Tersayang
- Huawei nova 3: 3 Kriteria Penting Bermain Game Seperti Seorang Pro

