
Huawei Nova 4 Dijangka Sokong Pemproses Kirin 970?
Semakin hari semakin banyak berita ketirisan mengenai Huawei Nova 4. Selepas beberapa kebocoran maklumat berkaitan telefon tersebut sebelum ini, kini terdapat satu lagi desas-desus yang mengatakan ia dipercayai bakal disokong oleh pemproses Kirin 970.
Sumber juga menyatakan bahawa ia bakal hadir dengan dua versi iaitu asas dan premium. Difahamkan, hanya model premium sahaja yang bakal membawakan kamera sensor sebesar 48MP.

Versi premium akan hadir dengan sensor 48MP+16MP+2MP pada kamera utama. Manakala, kamera utama versi asas pula menggabungkan sensor 20MP+16MP+2MP. Kedua-duanya dilengkap dengan kamera hadapan sebesar 25MP.
Bercakap mengenai rekaan, Huawei Nova 4 dijangka hadir dengan skrin sebesar 6.4 inci FHD+ bersama memori sebesar 8GB dan dibantu oleh storan sebesar 128GB ROM. Turut melengkapinya, bateri berkapasiti 3,750.

Pun begitu, maklumat tersebut masih lagi belum diketahui kesahihannya. Sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi pada 17 Disember ini!
[SUMBER]
Artikel berkaitan:

