Digi WiFi – Pantas. Mudah. Selamat.

Sebentar tadi, kami ada menerima SMS dari Digi mengenai perkhidmatan terbarunya iaitu Digi WiFi. Ia adalah perkhidmatan Internet menggunakan WiFi di beberapa lokasi yang dikhaskan. Selain menawarkan Internet yang pantas tanpa had kuota, ianya juga eksklusif buat pelanggan Digi di Malaysia.

Namun begitu, Digi WiFi bukanlah ditawarkan secara percuma kerana pengguna perlu melanggan pelan Digi WiFi yang disediakan mengikut masa penggunaan. Terdapat empat pelan yang tersedia buat masa ini iaitu RM0.70 (30 minit), RM1 (1 jam), RM1.20 (2 jam) dan juga RM2 (4 jam).

Bagaimana ingin menggunakan Digi WiFi? Pertama anda perlu cari lokasi yang menyokong Digi WiFi. Menurut Digi, Digi WiFi telah di pasang di 277 lokasi sekitar Subang Jaya, Petaling Jaya, Bukit Bintang, Ampang, Seri Kembangan, Putrajaya serta Seremban.

Ganjaran yang ditawarkan untuk pelanggan Digi

Kemudian beli pas Internet mengikut keperluan anda. Harus diingat, pas Internet yang telah dibeli sah digunakan dalam masa 24 jam sahaja. Jadi sekiranya anda membeli pas untuk dua jam, kemudian guna Digi WiFi satu jam dan berhenti, anda boleh menyambung kembali pada bila-bila masa tetapi dalam masa 24 jam.

Menurut Digi lagi, mereka berusaha menyediakan kelajuan minimum 4Mbps untuk perkhidmatan Digi WiFi ini tetapi semuanya bergantung kepada beberapa faktor seperti jarak dan sebagainya. Berita lanjut mengenai Digi WiFi boleh ke laman rasmi ini.

Pelan Digi WiFi yang tersedia buat masa ini. 

[SUMBER]

You might also like