
Honor baru-baru ini secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaharu keluaran mereka iaitu Honor Magic 2. Model ini didatangkan dengan rekaan gelongsor, di samping dilengkapi sejumlah enam buah kamera.
Pada masa ini, Honor Magic 2 hanya dijual di pasaran China. Namun bagi mereka yang berminat dan tidak sabar untuk memilikinya, kini anda boleh mendapatkannya melalui pengimport Direct D pada harga jualan bermula RM2,799.

Honor Magic 2 ditawarkan pada harga RM 2,799 untuk versi 8GB RAM + 128GB ROM manakala RM 3,199 pula untuk versi 8GB RAM + 256GB ROM.
Baca Juga :
- Honor Magic 2 Kini Rasmi – Skrin AMOLED, Sokongan Tri-Kamera Utama, Kirin 980
- Honor magic 2 Bakal Mengagumkan Mata Yang Melihat

