
OnePlus 6T Kini Rasmi – Sokong Pengimbas Cap Jari Atas Skrin & Bateri Lebih Besar!
OnePlus 6T akhirnya diperkenalkan secara rasmi dengan rekaan yang lebih segar. Perbezaan yang dapat dilihat pada model ini adalah rekaan takuk berbentuk titisan air berbanding sebelumnya. Malah, pengimbas cap jari yang terletak pada bahagian belakang OnePlus 6 turut dipindahkan kepada pengimbas cap jari pada paparan skrin pada model ini yang turut menjanjikan kepantasan sehingga 0.34 saat.
OnePlus 6T dipadankan skrin bersaiz 6.41-inci Optic AMOLED 19:5:9 dengan resolusi 2280 x 1080 piksel yang menyokong teknologi paparan terkini. Peranti ini dikuasakan pemproses Qualcomm Snapdragon 845, RAM sehingga 8GB, serta storan sehingga 256GB berasaskan UFS 2.1. Sayangnya tiada sokongan kad microSD dan 3.5mm audio jack disediakan kepada pengguna.
Bagi penggambaran pula, OnePlus 6T masih mengekalkan kamera dwi- kamera utama 16 MP + 20 MP. Sensor ini mampu merakam video sehingga 4K 60fps dan penstabilan imej pula dibantu jenis optikal (OIS), sementara kamera depan 16 MP menggunakan teknologi AI (kecerdasan buatan) untuk mod potret. Bateri yang dimuatkan pula sebesar 3,700mAh dengan sokongan pengecasan pantas tanpa wayar (5V/4A) diguna pakai.

Di Amerika Syarikat, OnePlus 6T dijual pada harga :

