Xiaomi Perkenal BlackShark Helo – Hadir Dengan Memori Sehingga 10GB

Xioami sebelum ini sedia hadir dengan penawaran Black Shark iaitu telefon pintar yang memfokuskan kepada permua (permainan mudah alih). Kesinambungan kepada model terdahulu, Xiomi kini turut memperkenalkan telefon generasi kedua mereka, iaitu BlackShark Helo.

Meskipun masih dijana dengan pemproses yang sama seperti Black Shark yang pertama namun ia membawakan sejumlah panambaikan yang unik berbanding model sebelumnya.

Black Shark Helo hadir dengan rekaan lebih kemas menggunakan skrin bersaiz 6.0 inci bersama panel AMOLED tanpa takuk dengan nisbah paparan 18:9 beresolusi 2160 x 1080 piksel.

Selain itu ia dijana oleh cip Snapdragon 845 dan turut dibantu oleh memori sehingga 10GB RAM bersama storan dalaman sehingga 256GB ROM (Pengguna juga boleh memilih varian lain seperti 8GB RAM + 128GB ROM atau 6GB RAM + 128GB ROM).

Black Shark Helo juga disertakan dengan sistem penyejukan cecair dua paip yang bertujuan untuk mengekalkan suhu dan prestasi. Turut melengkapi telefon ini adalah bateri berkapasiti 4000 mAh dengan pengecasan pantas di dalamnya.

Dari segi penggambaran pula, ia dilihat hadir dengan konfigurasi dwi-kamera belakang beresolusi 12 MP + 20MP dan kamera swafoto 20 MP.

Perubahan yang diperkatakan pada model ini adalah ia menyertakan sebuah lampu LED yang boleh berubah dengan kesan berbeza berdasarkan permainan. Sokongan gamer Studio turut disertakan bagi membolehkan pengguna mengoptimasikan penggunaan peranti untuk sesuatu permainan video.

Bukan setakat itu sahaja, BlackShark Helo turut menyertakan gamepad yang membolehkan pengguna mengawal beberapa permainan menggunakan alat kawalan fizikal sekaligus mampu memberi pengalaman yang berbeza ketika bermain.

Pada masa ini, BlackShark Helo hanya ditawarkan di China pada harga jualan bermula 3199 Yuan (kira-kira RM1918) untuk versi asas 6GB RAM + 128GB ROM. Manakala, 3499 Yuan (kira-kira RM 2,100) untuk versi 4GB RAM + 128GB ROM. Bagaimanapun, harga untuk 10GB RAM masih belum diketahahui.

sumber : Xiaomi

You might also like