
Vivo Lengkapkan Pembangunan Peranti Dengan Sokongan 5G
Seiring dengan kemajuan teknologi yang pesat membangun, kemas kini rangkaian 5G menjadi topik hangat untuk dibincangkan dan pelbagai syarikat dilihat berlumba-lumba untuk memperkenalkan peranti dengan sokongan rangkaian berkenaan.
Mengakui ingin menjadi yang terawal melancarkan telefon pintar dengan rangkaian 5G , Vivo memaklumkan bahawa pihaknya telah selesai melengkapkan telefon pintar keluaran mereka dengan sokongan rangkaian 5G dan akan mula menguji aplikasinya.
Berdasarkan gambar ‘bocor’ yang dikongsi, peranti yang digunakan untuk pembangunan rangkaian ini merupakan model Vivo NEX.
Menurut Vivo, pihaknya telah selesai membangunkan perkakasan dan perisian untuk telefon 5G mereka termasuk perancangan seni bina, susunan motherboard, RF dan antena, dan ruang pengoptimuman. Selain itu, pihak vivo turut memaklumkan rupa dan saiz juga telah memenuhi standard komersial.
Pun begitu,buat masa ini info lanjut mengenainya perkara teknikal berkaitan dengannya masih lagi belum dikongsi secara terperinci.