Oculus Quest Dilancarkan – Peranti Realiti Maya Semua Dalam Satu!

Sebelum ini Oculus pernah memperkenalkan beberapa peranti realiti maya di bawahnya. Terbaru, Oculus kembali dengan model baru dikenali sebagai Quest yang mana hadir dengan sokongan pergerakan 6DOF.

Jika dilihat pada spesifikasi peranti ini, ia lebih berkuasa berbanding Oculus Go yang diperkenalkan sebelum ini di mana menyokong pemproses Snapdragon 835, memori RAM 4GB dan storan berkapasiti 64GB. Selain itu, ia turut menampilkan paparan skrin lebih tinggi beresolusi 1600×1440 piksel.

Kehadiran empat sensor pada Quest pula membolehkan peranti realiti maya ini mengesan kedudukan secara masa nyata bagi membolehkan pemakai bergerak di dalam dunia maya secara 6DOF. Tambahan lagi ia turut menyokong alat pengawal haptik Oculus Touch. Lebih istimewa, sebanyak 50 permainan realiti maya akan disokong oleh Oculus Quest dan akan dijual secara rasmi pada musim bunga 2019 dengan tawaran harga USD399 (RM1,634).

You might also like