
Celcom hari ini menguatkan lagi pengaruhnya di dalam skop perniagaan di Malaysia apabila mengumumkan kerjasama dengan Resort World Genting. Melalui kerjasama yang dijalinkan, Celcom menawarkan tawaran istimewa kepada para pelanggan Celcom yang ingin menikmati pertunjukan di kota keriangan, Genting Highland.

Oleh itu, pelanggan Celcom dan ahli Genting Rewards Card kini layak menikmati diskaun sehingga 20% bagi pertunjukan terpilih yang dibawakan oleh Resort World Genting.
Diskaun menyediakan tiket untuk pertunjukan yang bakal diadakan seperti berikut:
- 13th Genting World Lion Dance Championship – 20-22 Julai 2018
- Wu Bai & China Blue ROCK STAR Live in Genting – 15 September 2018
- Richie Jen Live in Genting 2018 – 19 & 20 Oktober 2018
- Grasshopper 2018 Live in Genting – 29 Disember 2018 (Pelancaran tiket akan diumumkan tidak lama lagi).
- Banyak lagi pertunjukan akan diumumkan kemudian.
Selain daripada itu, pelanggan boleh terus melayari akaun Facebook dan Twitter Celcom untuk menyertai peraduan yang akan datang dan berpeluang untuk memenangi tiket percuma bagi mana-mana pertunjukan seperti yang disebutkan di atas.
Lebih banyak faedah dan tawaran akan diperkenalkan oleh kedua-dua syarikat pada masa akan datang. Tiket pertunjukan boleh dibeli melalui kaunter tiket di Resorts World Genting. Bagi informasi lanjut berkenaan tawaran terkini serta pertunjukan akan datang, layari Resort World Genting.

