
Bagi menghargai para peminat, Samsung kini telah melancarkan peranti terbaharunya dikenali sebagai Samsung Galaxy S20 Fan Edition yang tampil dengan 2 varian 4G dan 5G.

Peranti ini hadir dengan skrin yang sangat baik iaitu 6.5″ SAMOLED FHD dan hadir dengan kadar semula 120Hz. Menariknya, kapasiti bateri 4500mAh dan dipadankan dengan pengecasan pantas 25W.
Bagi varian, 4G, ia tampil dengan pemproses Exynos 990 manakala 5G pula tampil dengan Snapdragon 865. Ia dipandankan dengan ram sebesar 8GB dan storan sebesar 256GB.
Dari aspek kamera pula ia tampil dengan sistem 3 kamera iaitu 12MP + 12MP + 8MP bagi kamera belakang, dan 32MP bagi kamera hadapan.

Peranti ini bakal dijual pada harga RM3399 bagi versi pemproses Snapdragon dan boleh di raptempah mulai esok. Anda bakal menerima Samsung UV Sterilizer, Clear Cover dan jaminan perlinan skrin.

