Rasmi! ASUS ZenFone Max Pro (M1) Dilancarkan Dengan Tanda Harga Bermula RM699

ASUS Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan ASUS ZenFone Max Pro (M1) untuk pasaran tempatan. Harga yang diumumkan juga agak tidak masuk akal kerana ia diletakkan pada harga serendah RM699 untuk varian 3GB RAM, sementara 4GB RAM dijual pada RM849 dan RM999 untuk 6GB RAM. Harga yang ditawarkan sekaligus dijangka akan menarik minat orang ramai di luar sana untuk menggunakan jenama ASUS semula.

Harga jualan untuk 3 varian

ZenFone Max Pro (M1) merupakan peranti di bawah kategori kelas pertengahan yang menampilkan skrin luas 6-inci FHD+ beresolusi 2160 x 1080 piksel. Dijadikan sebagai pesaing rapat Xiaomi Redmi Note 5, peranti ini mempunyai ciri-ciri yang lebih kurang sama antaranya cip pemproses Qualcomm Snapdragon 636, RAM 3GB dan storan 64GB.

Tidak seperti lawannya, ZenFone Max Pro (M1) hadir dengan tiga slot kad yang membolehkan pengguna meletakkan dua SIM nano dan satu kad microSD sekaligus. Selain kerangka badan yang kompak, peranti ini juga dilengkapi dengan teknologi lima speaker untuk suara yang lebih lantang.

Dioperasikan menerusi Android 8.1 Oreo, peranti ini didatangkan dengan pilihan warna Meteor Silver dan Deepsea Black.

Pada jabatan kamera, gabungan dwi kamera 13 Megapiksel dan 5 Megapiksel dimuatkan bersama dengan kamera swafoto tunggal 8 Megapiksel. Bagi varian 6GB RAM + 64GB ROM pula, sensor kamera adalah berbeza di mana ia membekalkan 16 Megapiksel dan 5 Megapiksel pada kamera utama, sementara 16 Megapiksel pada kamera swafoto.

Sempena Hari Raya yang bakal menjelang, ASUS juga berkolaberasi bersama Lazada dalam kempen Riang Ria Raya bermula 1 Jun ini.

Promosi ASUS ZenFone Max Pro (M1) ditawarkan seperti berikut:
  • Flash Sales hanya pada 1, 5, 12, 19 dan 26 Jun dengan tawaran harga RM599 untuk 3GB + 32GB ROM sahaja
  • Eksklusif pra-tempahan pada 2 & 3 Jun dengan tawaran harga RM799 untuk 4GB RAM + 64GB ROM sahaja

 

 

You might also like