Huawei nova 3e Kini Diperkenalkan Secara Rasmi – Berharga RM1,399

Huawei hari ini telah mengumumkan penggantian model sedia ada Huawei nova 2i kepada nova 3e secara rasmi untuk pasaran tempatan. Dengan tanda harga RM1,399, ia hadir dalam dua pilihan warna iaitu Klein Blue dan Midnight Black.

Huawei nova 3e boleh dibeli di semua kedai rasmi dan pengedar sah Huawei bermula 25 Mei 2018 (Jumaat). Bermula 18 Mei sehingga 31 Mei 2018, Huawei menawarkan pulangan tunai bernilai RM79 menjadikan harga peranti ini hanya RM1,320 sahaja. Selain itu, pelanggan juga akan menerima Huawei Tripod Selfie Stick bernilai RM68 sementara stok masih ada.

Lebih menarik, terdapat pelbagai baucer menarik yang boleh ditebus bernilai sehingga RM3,000 dari aplikasi Huawei AppGallery seperti Doctor2u, oBike, HERMO, Manga, Air Asia, Viu dan beberapa lagi.

Selain itu, Huawei juga berkolaborasi dengan pusat gim Celebrity Fitness di mana setiap pembelian peranti Huawei nova 3e akan mendapat akses percuma ke pusat gim tersebut selama 7 hari.

Peranti terbaharu ini hadir dengan rekaan lebih segar mengikuti trend semasa melalui skrin hampir penuh dengan takuk bersaiz 5.84 inci FullView Display 2.0. Mensasarkan kepada golongan yang gemarkan swafoto, kamera depan Huawei nova 3e hadir dengan sensor 24 Megapiksel bersama ciri AR Lens yang agak popular sejak kebelakangan ini.

Rekaan gelas yang berkilau kini diguna pakai bagi menggantikan tubuh badan logam yang digunakan pada nova 2i, sekaligus aspek luaran menjadi lebih premium. Huawei nova 3e dikuasakan cip Kirin 659 dengan RAM 4GB dan storan 64GB diikuti sistem operasi Android 8.1 Oreo.

Baca Juga:
Unboxing! Huawei nova 3e ↓

You might also like