
Tadi kita dah lihat reka bentuk fizikal Huawei P20 Pro, sekarang apa kata kita lihat pula rekaan fizikal Huawei P20 yang hadir dengan pilihan warna Pink Gold. Untuk makluman anda, kedua-dua peranti ini telahpun dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan. Ia dijual bermula 6 April 2018 pada harga RM2,599 bagi Huawei P20, manakala P20 Pro pula berharga RM3,299.
Menampilkan paparan skrin FullView Display 18:7:9 bersaiz 5.8 inci LCD dengan resolusi 2244×1080 piksel.
Panel belakang yang kelihatan berkilat dan tidak mudah meninggalkan kesan cap jari
Dibekalkan dwi-kamera gabungan daripada sensor 12 MP + 20 MP dibantu oleh aperture f/1.8 dan f/1.6 pada setiap sensor.
Sisi kanan menempatkan butang Kuasa dan butang laras Volume.
Manakala sisi kiri pula agak ringkas dengan slot untuk kad SIM & microSD.
Bahagian atas hanya kelihatan lubang mikrofon dan jalur antena.
Bahagian bawah menempatkan port USB Type-C dan dua buah speaker.
Spesifikasi
- Android 8.1 Oreo + EMUI 8.1
- Kirin 970, Quad Core 2.36GHz + Quad Core 1.8GHz
- 149.10×70.80×7.65mm / 165g
- 5.8 inci LCD beresolusi 2244×1080 piksel (428 ppi)
- 128GB / 4GB RAM
- 12MP + 20MP, AI Image Stabilization + 960fps Super Slow Motion
- 24 Megapiksel + Selfie-Potrait
- Li-Ion 3,400mAh + SuperCharge 4.5V/5A
- IP67 (kalis air & debu)
- Black, Midnight Blue & Pink Gold
Beli di sini ⇓⇓







