

Model pertama Neffos yang dilengkapi dwi kamera, Neffos N1 kini diperkenalkan secara rasmi hari ini. Dijual pada harga RM1,099, Neffos N1 menampilkan paparan skrin berukuran 5.5 inci HD IPS beresolusi 1920×1080 piksel dengan sokongan Corning Gorilla Glass 3.
Lebih istimewa, telefon pintar ini hadir dengan sensor Sony IMX386 yang menawarkan dwi kamera 12 Megapiksel yang pertama dalam barisan pernah dihasilkan. Ia mampu merakam imej monokrom dan satu lagi dengan imej RGB, menjadikan kedua-dua sensor dapat menangkap gambar dan jelas serta terang. Ia juga menyokong gambar latar belakang kabur atau lebih mudah dipanggil efek bokeh.

Neffos N1 turut dikuasakan oleh pemproses MediaTek Helio P25 berkelajuan 2.6Ghz bersama 64GB ROM serta 4GB RAM. Bukan itu sahaja, telefon pintar ini ini juga dibekalkan dengan bateri berkapasiti 3260mAh yang meyokong pengecasan pantas.
Kepada yang berminat, anda boleh mendapatkan Neffos N1 bermula 16 Mac 2018 (esok) di Lazada dan 30 pelanggan pertama akan menerima hadiah premium bernilai RM299.


