
Lenovo hari ini melancarkan siri laptop terbaru yang diberi nama ThinkPad X1 untuk pasaran Malaysia. Ia dibarisi X1 Carbon, X1 Yoga, dan X1 Tablet. Laptop ini hadir dengan perkakasan serba canggih serta fizikal luaran berwarna hitam bersama jalur berwarna merah sekaligus kelihatan lebih agresif disamping menawarkan produktiviti.


X1 Yoga
– 14” FHD, WQHD, HDR WQHD IPS Dolby Vision boleh sentuh
– Intel Core i7 vPro
– Intel UHD 620 (grafik)
– Windows 10 Pro 64-bit
– RAM 16GB DDR3
– ROM 1TB SSD
– Kamera 720p
– ThinkPad Pen Pro
– Berat 1.4kg
– Harga bermula RM8,999


X1 Carbon
– 14” FHD, WQHD, HDR WQHD IPS Dolby Vision boleh sentuh
– Intel Core i7 vPro
– Intel UHD 620 (grafik)
– Windows 10 Pro 64-bit
– RAM 16GB LPDDR3
– ROM 1TB SSD
– Kamera 720p
– Dolby Premium Audio
– Berat 1.13kg
– Harga bermula RM7,999



X1 Tablet
– 13” (3,000 x 2,000) 3K Gorilla Glass
– Intel Core i7 vPro
– Intel UHD 620
– Windows 10 Pro 64-bit
– RAM 16GB DDR3
– ROM 1TB SSD
– Kamera 2MP depan / 8MP belakang
– Berat 890g
– Harga tiada (akan datang)
ThinkPad X1 Yoga menyediakan pengesan mata yang dipanggil Eye Tracking untuk bawa tetingkap pada laptop ke dua monitor lain yang disambungkan bersama. Eye Tracking secara automatiknya akan mengunci komputer selepas 5 saat pengguna menglihkan pandangan.
Pen ThinkPad Pro kini telah dinaik taraf supaya menjadi lebih tepat dan selesa dipengang. Pen ThinkPad ada pada setiap model X1 yang terletak di bahagian sisi kerangka.
Papan kekunci pada X1 akan turun kedalam badan apabila orentasi laptop ditukar kepada mod tablet (mekanisma mekanikal) atau dipusingkan kepada 360-darjah. X1 Carbon & Yoga ada paparan Dolby Vision dan kamera ThinkShutter yang boleh ditutup jika tidak diperlukan.
Teknologi pengecasan Rapid Charge boleh mengecas bateri sehingga 80% dalam masa sejam. Pengimbas cap jari dipanggil ‘Anti Spoofing’ dicipta untuk mengelakkan penggodaman cap jari atau cap jari palsu.
Integrasi FIDO dibina khusus untuk keselamatan semasa melayari internet. Selain itu, Ciri Smarter PC dapat dioperasikan menerusi arahan suara untuk mengetahui aktiviti harian – contohnya Cortana boleh memberitahu mesyuarat yang akan berlangsung selepas makan tengah hari.
Ketiga-tiga produk yang ditawarkan memiliki harga yang tinggi, tetapi dengan perkakasan yang dipadankan pada Lenovo ThinkPad X1, ia berbaloi kepada mereka yang gemarkan kelainan.

