Dapatkan Baucer Shopee & Banyak Lagi Percuma Pada OPPO Member’s Day

Sempena sambutan ‘OPPO Member’s Day’ yang bakal berlangsung pada 18 Mac 2018 ini, semua ahli O-Fans boleh menebus pelbagai hadiah menarik khas untuk anda!

Pelbagai hadiah ditawarkan seperti baucer KFC, baucer Shopee, tiket wayang, barangan Ollie dan pelbagai lagi yang boleh ditebus di Kedai Konsep OPPO. Di samping itu, pelanggan yang membeli OPPO F5 pada hari tersebut juga akan mendapat mata ganjaran berganda.

Bukan itu sahaja, ahli O-Fans boleh melawat kedai-kedai Konsep bermula 10 Mac 2018 untuk memastikan hadiah tersebut sudah tersedia. Tetapi, semua hadiah hanya boleh ditebus pada hari OPPO Members Day sahaja. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari Facebook OPPO Malaysia.

You might also like