[Khabar Angin] Harga Jualan Huawei P20 Didedahkan? Harga Bermula RM1,759…

Pada artikel sebelum ini, kami ada berkongsi maklumat mengenai tarikh pelancaran produk terbaru Huawei iaitu Huawei P20 yang akan berlangsung di Paris, Perancis pada 27 Mac 2018. Spekulasi kuat mengatakan peranti ini bakal ditampilkan dengan tiga model iaitu P20, P20 Lite dan juga P20 Pro.

Terbaru, Roland Quandt melalui tweetnya telah mendedahkan harga jualan bagi ketiga-tiga model Huawei P20. Varian yang paling rendah iaitu Huawei P20 Lite ditawarkan pada harga Euro 369 (kira-kira RM1,759), manakala Huawei P20 pula berharga Euro 679 (kira-kira RM3,237), manakala varian paling tinggi iaitu Huawei P20 Pro berharga Euro 899 (kira-kira RM4,285).

Namun begitu, harga jualan yang didedahkan ini merupakan harga untuk pasaran Eropah. Kepada yang masih belum tahu, Huawei P20, Huawei P20 Lite dan Huawei P20 Pro akan dilancarkan pada 27 Mac 2018.

You might also like