Wiko Sunny 2 Plus – Telefon Pintar Terbaru Wiko Berharga RM249

Wiko sentiasa melihat kepada penjualan dengan nilai yang terbaik pada harga yang memuaskan. Terbaru tambah satu peranti yang diberi nama Wiko Sunny 2 Plus dan di jual pada harga RM249. Ia menampilkan paparan sebesar 5.0 inci dengan resolusi 480×854 piksel yang pastinya mampu memberikan tontonan hiburan yang lebih menyeronokkan.

Kerangka logam luaran kelihatan agak klasik dengan berat 165g dan ketebalan hanya 9.8mm, mempunyai kamera belakang 5 Megapiksel dan kamera depan 2 Megapiksel. Dari segi memori pula, ia dilengkapi dengan RAM 1GB dan storan 8GB.

Menggunakan sistem operasi Android 7.0 Nougat dengan aplikasi My Smart Left Page, Sunny 2 Plus turut dikuasakan oleh pemproses Quad Core 1.3GHz bersama sokongan ARM Mali-400MP.

Hadir dengan lima pilihan warna seperti Hitam, Emas, Silver, Bleen dan Lime, kepada yang berminat boleh membeli telefon pintar ini di pengedar sah Wiko di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman rasmi Wiko Malaysia dan Facebook Wiko Malaysia.

You might also like