
Nokia Bakal Tampil Dengan Model TA-1056 Setelah Mendapat Kelulusan FCC
Nampaknya Nokia bakal memperkenalkan satu lagi model baharu keluarannya tidak lama lagi setelah model TA-1056 telah mendapat kelulusan daripada FCC baru-baru ini. Berdasarkan kepada dokumentasi yang diperolehi, tiada banyak maklumat yang berjaya didedahkan kecuali saiznya yang agak kompak iaitu berukuran 133mm untuk tinggi dan 68mm untuk lebar.
Saiz kerangka model TA-1056 yang lebih kompak berbanding Nokia 2 dan Nokia 3 ini juga telah disahkan menyokong dua slot kad SIM dengan sambungan rangkaian 4G LTE. Selain itu, ia juga turut menyokong rangkaian WiFi 802.11 b/g/n dan juga Bluetooth v4.2 LE.
Buat masa ini masih belum ada pengesahan rasmi berhubung nama yang akan digunakan untuk model baharu ini dan tiada spesifikasi ataupun harga jualan rasminya.


