CES 2018 : Samsung Lancarkan “The Wall” TV MicroLED Modular Bersaiz 146”

Samsung sebagai peneraju gergasi dalam dunia teknologi baru sahaja melancarkan televisyen pertama di dunia menggunakan teknologi MicroLED modular. Diberi nama The Wall, televisyen ini dibina dengan saiz sebesar 146-inci menggunakan teknologi yang tidak pernah diguna pakai oleh syarikat lain.

Televisyen ini direka menggunakan teknologi AI untuk mengoptimasikan kualiti kandungan beresolusi 8K. Rekaan bezel yang hampir tidak boleh dilihat dan teknologi modular membolehkan pengguna menetapkan paparan pada saiz yang diinginkan. Misalnya, anda ingin melihat tayangan filem pada televisyen 40 inci, paparan yang selebihnya akan dipadamkan untuk penjimatan tenaga.

Ciri lain yang turut menjadi imej tumpu antaranya ialah ciri 4K HDR Gaming, HDR10+, pengalaman televisyen pintar, dan beberapa lagi.

Pada tahun ini juga Samsung mengatakan mereka bakal meletakkan fungsi Samsung Bixby pada televisyen pintar mereka. Sekaligus ia dapat memudahkan pengguna mencari kandungan yang diperlukan terus dari kaca TV tanpa perlu membuka telefon pintar Samsung.

You might also like