CES 2018 : DJI Perkenalkan 2 Stabilizer Khusus Untuk Smartphone & Kamera

Pada CES 2018 kali ini, DJI juga melancarkan 2 produk monopod dan stabilizer khas untuk smartphone dan kamera, masing-masing dikenali Osmo Mobile 2 dan Ronin-S. Kehadiran kedua-dua produk ini mampu memberikan pengguna, bahkan jurugambar dan perakam video profesional suatu hasil yang cukup lancar, stabil dan menakjubkan.

Osmo Mobile 2 bukan sahaja menjanjikan rakaman video yang lebih lancar, malah teknologi Three-Axis dan SmoothTrack berupaya mengawal pergerakan kamera dalam tiga arah supaya video tetap berkualiti tinggi walaupun tangan anda shaking.

Anda boleh merakam video dalam mod potret selain panorama, rekaan yang lebih ringan dan boleh putar menjadikan Osmo Mobile 2 selesa digunakan sepanjang hari. Bateri pula telah dipertingkatkan di mana anda boleh membuat video selama 15 jam, tiga kali lebih lama berbanding model sebelumnya.

Model yang satu lagi iaitu Ronin-S adalah single-handed stabilizer pertama khas untuk DSLR dan sistem kamera mirrorless. Kini rakaman video boleh menjadi lebih mudah dengan adanya mod Push, merupakan pelarasan mudah yang boleh mempercepatkan proses persediaan supaya anda boleh menghabiskan lebih banyak masa dalam penggambaran.

Ronin-S mempunyai reka bentuk melengkung yang selesa dan ergonomik, satu butang kawalan khusus disediakan supaya anda boleh bertukar antara tetapan SmoothTrack, rakaman dan hentikan kamera.

Harga jualan untuk Osmo Mobile 2 adalah USD129 (kira-kira RM517.29), dan tersedia secara eksklusif untuk pra-tempahan di Apple pada 23 Januari 2018. Bermula awal bulan Februari, ia juga boleh didapati di DJI Store, kedai flagship DJI dan pengedar sah DJI. Sementara Ronin-S akan tersedia pada suku kedua 2018, harga akan diumumkan kemudian.

 

 

You might also like