
LG V30 Dalam Warna Merah Jambu Diperkenalkan Untuk Pasaran Asia Dan Eropah
Acara CES 2018 yang akan berlangsung pada 10 hingga 12 Januari 2018 sememangnya sangat dinanti-nantikan kerana ia menjadi medan untuk para pengeluar mempamerkan pelbagai produk terbaru keluaran mereka. Nampaknya LG sudah tidak sabar untuk berkongsi berita menarik dengan peminat jenama itu apabila model LG V30 dalam warna merah jambu telah didedahkan sebelum acara itu bermula.
Diinspirasikan daripada tema ‘romantik’, warna baharu yang dikenali dengan nama Raspberry Rose ini akan menjadi pilihan warna alternatif untuk model LG V30 selain daripada empat lagi warna sedia ada iaitu Aurora Black, Cloud Silver, Moroccan Blue dan juga Lavender Violet. Apa yang pasti, warna ini sememangnya sesuai untuk dijadikan hadiah sempena kehadiran hari kekasih yang akan diraikan pada 14 Februari 2018 nanti.

Sungguhpun begitu, warna Raspberry Rose ini hanya tersedia untuk pasaran di Asia dan Eropah sahaja.

