[Khabar Angin] Xiaomi Mi 7 Bakal Bawa Teknologi Pengecaman Wajah 3D

Pada tahun depan kita mungkin bakal melihat telefon pintar dengan rekaan skrin hampir penuh di depan atau mungkin penuh. Oleh itu tidak mungkin pengeluar akan menghasilkan peranti dengan rekaan tradisional termasuklah pihak Xiaomi selaku pengeluar nombor ketujuh terbesar dunia.

Rekaan konsep Xiaomi Mi 7

Jadi, untuk mengikut edaran semasa Xiaomi mungkin bakal menampilkan Mi 7 selewat-lewatnya sebelum Mac tahun hadapan. Apa yang mungkin dipersembahkan untuk peranti flagship mereka pada kali ini masih menjadi tanda tanya.

Xiaomi yang tidak mahu tertinggal di belakang dikatakan akan menghasilkan peranti dengan paparan hampir penuh seperti peranti keluaran yang lain. Ura-ura mengatakan Xiaomi Mi 7 bakal tampil dengan rekaan tanpa bezel sekaligus butang home pada generasi sebelumnya terpaksa dikorbankan.

Butang maya menggantikan butang fizikal Home

Jadi dengan tiadanya pengimbas cap jari, peranti ini mungkin bakal menghadirkan teknologi pengecaman wajah 3D lebih kurang seperti yang digunakan pada iPhone X. Sekaligus integrasi pengimbas jap jari ultrasonik pada skrin sama sekali tidak akan dilakukan oleh pasukan kejuruteraan Xiaomi.

Xiaomi Mi 7 akan dilengkapi dengan skrin 5.65 inci yang dikuasakan set cip Qualcomm Snapdragon 845 (terawal), manakala versi Plus akan dipadankan dengan skrin bersaiz 6.01 inci. Kedua-dua versi bakal membawa fungsi dwi kamera mungkin dengan sokongan zum optikal.

Sumber

You might also like