
[Tertiris] Paten Rekaan Microsoft Surface Phone Mula Kelihatan
Walaupun sibuk dengan cuti perayaan sambutan hari Natal, nampaknya sumber yang sering tampil dengan berita mengenai ketirisan peranti terbaru iaitu Slashleaks telah mendedahkan ketirisan paten rekaan Microsoft Surface Phone. Maklumat yang diperolehi melalui WIPO (Organisasi Harta Intelektual Dunia) telah berjaya memperlihatkan paten rekaan telefon pintar terbaru keluaran Microsoft yang menawarkan dwi paparan skrin yang boleh dilipat.
Apa yang menariknya, Microsoft Surface Phone dengan sokongan paparan skrin fleksibel ini berpotensi untuk digunakan di dalam beberapa mod berbeza termasuklah telefon biasa, komputer riba, buku, dua skrin untuk memaparkan aplikasi berbeza, tablet, dan banyak lagi. Sungguhpun begitu, setakat ini masih belum ada sebarang maklumat rasmi berkaitan sokongan spesifikasi yang didedahkan dan ia berkemungkinan akan mula diperkenalkan pada penghujung tahun 2018 atau awal 2019 nanti.




