Kemas Kini Terbaru Samsung Gear S3 Memanjangkan Jangka Hayat Bateri

Jika anda salah seorang pengguna jam pintar Samsung Gear S3, hari ini Samsung mula mengeluarkan kemas kini terbaru bertujuan memperbaiki masa penggunaan bateri dan difahamkan lebih efisyen serta cekap tenaga.

Sistem operasi ini sudahpun mula ditawarkan bulan lepas kepada segelintir pengguna di Kanada. Kemas kini Tizen 3.0 ini memerlukan saiz sebesar 21MB dan kepada anda yang ingib memuat turun, boleh lakukannya menerusi OTA.

Nampaknya, bagi sesiapa yang memakai jam ini, anda akan menerima kemas kini ini tidak lama lagi.

Sumber

You might also like