LG Perkenalkan V30 Signature Edition Di Korea – Lebih Mahal Dari iPhone X

Di Korea Selatan, LG telah melancarkan sebuah telefon pintar edisi terhad yang diberi nama V30 Signature Edition. Peranti ini hanya dibina cuma 300 unit untuk pasaran di sana.

LG V30 Signature Edition memiliki badan yang diperbuat daripada seramik zirconium iaitu jenis seramik yang berkualiti tinggi. Para pembeli pula boleh memilih kemasan luaran dengan panel belakang hitam mahupun putih.

Malahan, pelanggan juga boleh meletakkan nama mereka sendiri di bahagian panel belakang menggunakan ukiran laser. Namun, pakej ini memerlukan pelanggan membayar lebih dalam masa yang sama akan menerima set kepala Bluetooth berjenama Bang & Olufsen.

Peranti mewah ini dilengkapi perkakasan dalaman berkuasa tinggi melalui cip pemproses Snapdragon 835, RAM 6GB, dan storan seluas 256GB serta dihidupkan dengan Android 8.0 Oreo.

Harga untuk LG V30 Signature Edition pula bernilai KRW2,000,000 iaitu sekitar RM7,477 selepas tukaran wang semasa.

Sumber

You might also like