Bose SleepBuds – Tidur Nyenyak Walaupun Di Sebelah Orang Berdengkur

Setiap orang pastinya mendambakan tidur yang sempurna meskipun dalam waktu yang singkat. Gangguan seperti masalah pasangan yang berdengkur, pencemaran bunyi atau bunyi dari luar rumah pula kadang kala tidak dapat dielakkan.

Memandangkan ramai yang mengalami masalah ini, syarikat Bose yang cukup terkenal dengan penghasilan earphone dan headphone berkualiti tinggi telah memperkenalkan satu aksesori yang diberi nama SleepBuds.

Istimewanya peranti ini, ia hadir dengan teknologi Noise-isolating yang dapat membantu menghalang bunyi bising di persekitaran anda, sekaligus mengganggu tidur anda.

Bose SleepBuds juga menawarkan rekaan kompak yang selesa untuk dipakai dalam jangka masa lama dengan penyediaan beberapa jenis ear-bud.

Didatangkan sekali dengan kotak yang boleh mengecas, peranti ini dijual pada harga USD160 (kira-kira RM644).

https://www.youtube.com/watch?v=bATsDqPXtgg

You might also like