
Samsung Galaxy S8 Kini Diperkenalkan Pula Dalam Warna ‘Burgundy Red’

Populariti Samsung Galaxy S8 nampaknya akan kembali meningkat naik nampaknya, selepas Samsung mengumumkan satu lagi warna baharu untuk model pertama keluarannya yang menampilkan skrin ‘Infinity Display’ dengan nisbah paparan 18:9. Warna baharu yang dikenali sebagai Burgundy Red itu buat masa ini hanya boleh dimiliki secara ekskusif untuk pasaran Korea Selatan sahaja dan akan mula diperkenalkan di pasaran lain secara berperingkat-peringkat.

Kehadiran warna baharu ini sekaligus telah memperlihatkan lebih banyak pilihan warna untuk Samsung Galaxy S8 yang tersedia dalam tujuh warna kesemuanya, iaitu Midnight Black, Maple Gold, Arctic Silver, Orchid Grey, Rose Pink, Coral Blue, dan yang terbaru Burgundy Red. Apa yang pasti, warna baharu ini kelihatan jauh lebih menarik pada pandangan sebenar jika dibandingkan dengan imej yang telah didedahkan oleh Samsung sendiri.

Sumber : PhoneArena

