Xiaomi Mi A1 – Kini Berharga RM999 (RRP : RM1,099)

Kepada peminat Android One, inilah masa yang tepat untuk anda membeli Xiaomi Mi A1. Melalui Facebook Xiaomi, Mi A1 telah mengalami penurunan harga sebanyak RM100, menjadikan ianya berharga RM999 berbanding RM1,099 sebelum ini.

Dioperasikan oleh Android 7.1.2 Nougat, peranti ini menyokong pemproses Snapdragon 625, Octa Core 2.0GHz dan GPU Adreno 506 yang pastinya lebih lancar bersama ROM 64GB serta RAM 4GB.

Dari segi penggambaran pula, lensa dwi-kamera beresolusi 12MP + 12MP turut menyokong 2x optikal zoom, mod Potret dan juga Beauty 3.0. Menampilkan rekaan logam berwarna hitam, emas dan merah jambu, anda boleh mendapatkan telefon pintar ini di stor rasmi Xiaomi di Lazada.

You might also like