Siri HONOR Play 4 Kini Rasmi – Tampil Dengan Pemproses Kirin 990!!

Buat peminat HONOR dah kaki game pasti anda teruja apabila siri HONOR Play 4 kini telah rasmi.

HONOR Play 4 Pro

Bagi model ini, ia dihadirkan dengan pemproses Kirin 990 yang mampu melaksanakan rangkaian 5G dengan sangat baik dan dipadankan dengan 8GB RAM dan 128GB ROM.

Ia dihadirkan dengan skrin besar bersaiz 6.57″ LCD dan tampil dengan bateri 4200mAh (pengecasan pantas 40W).

Bagi kamera utama pula, ia dilengkapi dengan 40MP + 8MP manakala bagi kamera hadapan pula ia tampil dengan 32MP + 8MP.

HONOR Play 4

Sedikit berbeza dengan HONOR Play 4 Pro, peranti ini tampil dengan pemproses MediaTek Dimensity 800 dan dipadankan dengan 8GB RAM + 128GB ROM.

Skrin juga sangat baik apabila ia disertakan dengan 6.81″ LCD dan kapasiti bateri 4300mAh (pengecasan pantas 22.5W).

Kamera juga berbeza dengan HONOR Play 4 Pro apabila ia dihadirkan dengan 64MP + 8MP + 2MP + 2MP bagi kamera utama dan 16MP bagi kamera hadapan.

You might also like