Samsung Perkenalkan Cip Pemproses Exynos 9810

Baru-baru ini Samsung telah memenangi 36 anugerah di CES 2018, ini termasuk cip pemproses terbaru Exynos 9810. Tentunya, set cip ini bakal menjana peranti terbaru Samsung Galaxy S9 suku pertama tahun hadapan.

Cip pemproses induk ini dibina berasaskan teras generasi ke-3 rekaan Samsung sendiri. Cip grafik juga telah dipertingkatkan untuk membawa pengalaman grafik yang lebih baik. Ia juga lebih efisyen dengan saiz sekecil 10nm dan bukan 7nm seperti khabar angin sebelum ini.

Samsung Exynos 9810 akan menggunakan modem terkini Cat.18 dengan kelajuan sehingga 1.2Gbps – sebenarnya sudah digunakan pada Kirin 970. Di samping itu, Samsung juga meletakkan sensor ISOCELL Slim 2X7 yang akan menyokong kamera 24 Megapiksel 0.9um piksel berfungsi dalam persekitaran kurang cahaya.

Nampaknya teknologi cip semakin hari semakin canggih, jadi jangan terkejut jika harga peranti juga turut naik mendadak.

You might also like