
Telefon pintar e-jenama nombor satu dunia, honor mengumumkan bahawa FINAL FANTASY Aweking kini dicadangkan pada peranti honor 8 Pro. Kerjasama dengan pemaju permainan MMOARPG dari Jepun ini dilakukan atas permintaan yang tinggi dalam e-Sukan Malaysia.

Permainan ini juga telah diselia sepenuhnya oleh SQUARE ENIX malah honor 8 Pro yang dilengkapi perkakasan berprestasi tinggi mampu memainkan permainan ini tanpa sebarang isu.
Melalui cip pemproses yang laju serta cip grafik yang baik, pengguna tidak akan merasa tersekat-sekat malah bermain juga lebih mengasyikkan. Bagi meraikan kerjasama ini, 500 pertama honor 8 Pro akan menerima kad hadiah bernilai RM138. Sementara, kad hadiah bernilai RM48 akan diberikan kepada mereka yang membeli mana-mana produk atau peranti honor yang lain.
Bagi anda yang sudah memuat turun permainan ini di mana-mana peranti, FINAL FANTASY Awakening juga memberikan ganjaran istimewa yang boleh ditebus di dalam permainan dengan memasukkan kod : NDXBNGNV. Jika tidak, muat turun adalah percuma di Play Store dan App Store.
Honor 8 Pro boleh didapati dengan kemasan warna hitam dan biru di Vmall, honor Experience Stores atau Display Zones pada harga RM1,999.
Reviu Eksklusif: Honor 8 Pro, Pilihan Berbaloi Untuk Bajet Di Bawah RM2000!

