Tonton Wayang Dan Tebus Baucar UberGSC

Uber ialah sebuah perkhidmatan pengangkutan yang semakin diguna ramai di Malaysia. Bagi menarik lebih ramai yang menggunakan khidmat ini, Uber kini bekerjasama dengan Golden Screen Cinema (GSC) menawarkan kod promo untuk anda tebus.

Bersempena menyambut ulangtahun ke-30 GSC, setiap pembelian tiket wayang di dalam aplikasi GSC melalui pilihan “e-Combo Selection”, anda berpeluang untuk mendapatkan kad promo secara percuma. Kad promo ini akan diberikan semasa pengambilan bertih jagung dan minuman di kaunter disediakan.

Cara-cara untuk menebus boleh rujuk gambar di bawah:

  1. Muat turun aplikasi GSC di Play Store dan App Store.
  2. Daftar akaun.
  3. Beli tiket wayang dan pilih panggung.
  4. Pilih “e-Combo Selection” dan beli Uber x GSC e-Combo untuk tebus kad promo.
  5. Kutip kad promo bersama makanan dan minuman di kaunter.

Promosi ini berlangsung mulai hari ini dan untuk makluman, anda perlu membeli set makanan untuk mendapatkan kad promo secara percuma. Ia terhad kepada 27,000 keping setiap bulan.

You might also like