

OPPO Malaysia akan membuka tempahan model OPPO R9s Green Edition kepada pengguna tempatan pada hari Jumaat ini bersamaan 11 Ogos 2017. Unit edisi terhad ini akan dijual dengan stok yang tidak banyak pada harga RM1,798.
Anda yang berminat untuk mendapatkan peranti dengan warna unik ini, boleh pra-tempah di laman e-dagang OPPO atau di kedai konsep yang berhampiran. Manakala, kepada yang inginkan sentuhan peribadi seperti nama ditulis menggunakan ukiran laser, mereka boleh mengunjungi stor induk OPPO di Suria KLCC secara percuma.

OPPO R9s dilengkapi dengan kamera depan dan belakang Sony IMX398 16 Megapiksel PDAF dengan bantuan aperture f/1.7 serta bateri berkapasiti 3,010mAh dengan teknologi pengecasan pantas VOOC Flash Charge.

