


Jika anda jemu melihat warna hitam yang kini menjadi warna trending, OPPO pula ingin memberikan kelainan dengan menampilkan warna hijau yang ceria.
Oleh itu, OPPO R9s Green Edition akan mula memasuki pasaran tempatan bermula pertengahan bulan Ogos depan dan pengumuman harga akan dibuat dalam masa terdekat ini.
Peranti ini dilengkapi dengan kamera belakang 16 Megapiksel bersama bantuan PDAF serta aperture f/1.7 menawarkan keunikan dalam setiap gambar yang dirakam. Buat masa ini OPPO R9s dijual pada harga RM1,798 sebuah.



