【Leaked】 Meizu Pro 7 – Rekaan Pelik Pada Panel Belakang

Syarikat Meizu dari China ini baru sahaja menawarkan pelbagai model peranti mereka dari kelas permulaan sehingga ke kelas atasan pada awal bulan April yang lalu, terbaru ketirisan gambar mula tersebar yang memperlihatkan reka bentuk pelik pada panel belakang Meizu Pro 7.

Kerangka badan dipercayai Meizu Pro 7 telah siap menjalani proses pemotongan

Nampaknya, Meizu telah meletakkan sistem dwi kamera pada flagship mereka bersama-sama ‘paparan kedua’ yang berfungsi menunjukkan masa dan notifikasi. Tujuan paparan kedua ini direka masih tidak diketahui atau mungkin ia hanya sekadar ‘gimik’ sahaja.

Meizu Pro 7 akan hadir dengan paparan 5.2 inci bersama fungsi 3D Touch beserta RAM 6GB dan dijangka akan dilancarkan pada bulan ini.

You might also like