Perjanjian Lama Samsung – Qualcomm Menyukarkan Cip Exynos Dijual

South Korea’s Fair Trade Commission (SKFTC) telah mendakwa bahawa Qualcomm menyekat Samsung daripada menjual pemproses Exynos kepada pengeluar peranti lain kerana terikat dengan perjanjian lesen.

Perjanjian ini dilaporkan telah bermula sejak tahun 1993, di mana melalui perjanjian yang telah dicapai hanya membenarkan Samsung untuk membuat cip sendiri menggunakan paten CDMA untuk digunakan dalam telefon sendiri. Jika ada pihak ketiga yang mahu menggunakan cip Exynos, mereka harus membayar sejumlah amaun untuk harga lesen kepada Qualcomm. Pada tahun 2013, sebuah rundingan diadakan bagi membincangkan isu ini, namun tiada penyelesaian yang dapat dimeterai.

Jelas perjanjian yang dibuat pada tahun 1993 ini memberikan impak yang besar kepada divisyen semikonduktor Samsung. Namun pada masa yang sama Samsung juga menerima keuntungan yang lumayan daripada Qualcomm kerana mereka merupakan pembuat utama cip Snapdragon dan juga mendapat keistimewaan sebagai jenama pertama dipasang Snapdragon 835.

 

You might also like