Maxis FlexiDeals, Tawaran Pilihan Peranti 4G Percuma

Maxis mengumumkan pelancaran Business FlexiDeals, satu promosi yang unik dan terhad khas untuk pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan korporat. Ia menawarkan pemilik perniagaan penyelesaian menyeluruh yang terbaik, harga berpatutan dan lengkap dengan tawaran pemilikan peranti terbaik secara percuma.

Di samping itu, Business FlexiDeals membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana memenuhi permintaan bagi penumpuan mudah alih tetap. Dengan menggabungkan pilihan yang terbaik untuk setiap jenis perniagaan, antara tawaran khas yang boleh dinikmati semasa promosi ini adalah:

  • FlexiShare: Pelan kumpulan pertama di Malaysia yang membolehkan perkongsian data dengan kakitangan. Beli data secara pukal dan peruntukkan sewajarnya berdasarkan keperluan kakitangan anda. Kongsi dari serendah 75GB sebulan sehingga 1,500GB. FlexiShare juga kini ditawarkan bersama FlexiFund, yang boleh digunakan oleh syarikat untuk menebus peranti, bila-bila masa dalam tempoh 24 bulan.
  • Mobile Office: Membolehkan perniagaan untuk sentiasa diakses oleh pelanggan walaupun dari luar pejabat, dengan talian tetap profesional 1700 yang juga ditawarkan bersama ciri hunting line. Pakej ini ditawarkan bersama tiga talian mudah alih dan Unity Hotline Lite. Untuk masa yang terhad, pelanggan boleh menjimatkan sehingga RM1,700 bagi sebuah telefon pintar 4G.
  • Pro@MyBusiness: Berikan syarikat anda imej perniagaan yang profesional dengan e-mel profesional, domain, penyimpanan awan dan sambungan yang kukuh.
  • FlexiExtras: Tambah penyelesaian perniagaan yang inovatif (mDrive, mPOS atau Office 365 Business Essentials) dari hanya RM1 bagi 3 bulan pertama.

Pelanggan perniagaan juga akan dapat menikmati Internet fiber yang kukuh di pejabat dengan tawaran Zero Downtime Business Fibre, bermula dari RM191 sebulan. Business FlexiDeals boleh didapati mulai 24 Mac hingga 30 Jun 2017. Pemilik perniagaan juga boleh mengunjungi Pusat Maxis terpilih di Ipoh, Johor Bahru, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang antara 27 dan 31 Mac untuk menikmati pelbagai tawaran istimewa.

 

You might also like