SoundCloud Berhutang 70 Juta Untuk Terus Hidup

Kemelut kewangan yang melanda SoundCloud semakin meruncing dari hari ke hari, kini mereka telah pun mendapatkan talian hayat kedua selepas sebelum ini gagal mendapatkan pelabur dan pembeli. SoundCloud akan menggunakan dana dari hutang 70 juta USD untuk mengembangkan syarikat, membina servis berbayar dan juga untuk operasi-operasi lain.

SoundCloud merupakan platform popular yang digunakan artis serata dunia, tidak kira dari arus perdana mahupun jalur indie untuk berkongsi karya mereka. Sistem sosial dan komunikasi terbuka yang diterapkan SoundCloud di dalam platform mereka memberikan pendedahan yang luas kepada artis untuk berkongsi karya mereka. Aplikasi SoundCloud boleh digunakan pada peranti iOS dan juga Android.

You might also like