
Spark Menghasilkan Earphone Bercahaya Laser
Pemilihan aksesori bukan sekadar pada kualiti sahaja, reka bentuk, fungsi dan ciri yang ditawarkan menjadi faktor penentu di dalam pengguna membuat pilihan.
Sebuah syarikat dari Detroit (USA) kini sedang berusaha membangunkan sebuah peranti audio yang bukan sahaja menawarkan kualiti audio yang baik, malah mempunyai reka bentuk unik di samping menawarkan ciri keselamatan.
Cahaya laser yang dipancarkan dari kabel earphone mereka mengikut rentak muzik yang dimainkan adalah satu ciri unik yang ada pada aksesori ini. Selain itu, bagi mereka yang melakukan aktiviti di kawasan gelap atau pun malam seperti berbasikal, joging dan lain-lain. Earphone ini menawarkan ciri keselamatan di mana penggunanya boleh dilihat dari jauh.
Bagi menjadikan peranti ini suatu kenyataan, Spark akan memulakan kempen Indiegogo di mana mereka berharap akan dapat mengumpul dana secukupnya hasil bantuan komuniti bagi menghasilkan earphone mereka.







