Pelan Mudah Alih Celcom Untuk Perniagaan Anda

Celcom Axiata Berhad hari ini melancarkan pelan Celcom Business, sebuah pelan mudah alih direka khusus untuk pemilik perniagaan. Pelan ini amat unik kerana pemilik perniagaan diberikan kuasa dan kebebasan untuk mengawal sepenuhnya pelan mudah alih untuk setiap individu di dalam organisasi mereka.

Didatangkan di dalam tiga pakej yang boleh diubahsuai, iaitu Celcom Business S, Celcom Business M dan Celcom Business L dengan setiap satunya disesuaikan bagi pelbagai saiz perniagaan. Pemilik perniagaan boleh melakukan ubah suai pada setiap pakej dengan menambah talian ekstra tanpa had dengan kadar RM70 bagi setiap talian. Talian tambahan akan disertakan sekali dengan 5GB data Internet, panggilan dan SMS tanpa had. Anda perlu mengemukakan dokumen syarikat kepada Celcom untuk proses pendaftaran.

Business S Business M Business L
Data Internet 100GB 550GB 1100GB
Panggilan & SMS Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had
Jumlah Talian 5 25 50
Harga RM 490 RM 2,300 RM 4,500

 

Tawaran Istimewa Buat “Early Bird”

Istimewa buat mereka yang menjadi antara yang terawal di dalam pakej ini. Celcom akan memberikan beberapa pilihan peranti percuma kepada anda.

Business S ATAU Business M ATAU Business L
Samsung Galaxy J2 Prime x 5 unit iPhone 7 32GB
x 1 unit
Huawei P9 x 1 unit
Samsung Galaxy J2 Prime x 25 unit iPhone 7 32GB
x 5 unit
Huawei P9 x 7 unit
Samsung Galaxy J2 Prime x 50 unit iPhone 7 32GB
x 11 unit
Huawei P9 x 16 unit

 

 

You might also like