Zomato Bekerjasama Dengan Uber Untuk Peminat Makanan

Uber-Zomato-Screenshot

Zomato, sebuah aplikasi carian restoran dan pesanan makanan telah bekerjasama dengan Uber untuk memberikan servis terbaik kepada penggemar makanan seperti anda. Melalui aplikasi Zomato, anda boleh terus mendapatkan servis Uber dengan menekan butang “ride request”  dan pemandu Uber akan membawa anda ke restoran yang telah dipilih.

Menurut Eddy Han ( Assistant Vice President of Zomato Malaysia), servis itu dilancarkan bagi memudahkan pengguna bergerak dari lokasi semasa ke lokasi restoran tanpa perlu memikirkan masalah tempat letak kenderaan dan kesesakan lalu lintas. Untuk menggunakan fungsi Uber pada aplikasi Zomato, anda perlu memilih dahulu lokasi restoran dan kemudian satu paparan alamat akan keluar beserta pilihan servis Uber. Apabila anda menekan butang “ride request” Zomato secara automatik akan melancarkan aplikasi Uber.

You might also like