
Anda merupakan penggemar smartphone dengan sokongan paparan skrin yang besar dan bercadang untuk memilikinya?! Huawei Mate 9 sememangnya patut anda letakkan di dalam senarai teratas kerana ia bukan sahaja dilengkapi dengan paparan skrin yang besar berukuran 5.9 inci dengan resolusi 1080p yang sangat terang, tetapi turut menawarkan sokongan spesifikasi yang boleh dianggap antara yang terbaik boleh anda perolehi di pasaran. Antara spesifikasi menarik yang disokong termasuklah pemproses berkuasa terbaru HiSilicon Kirin 960, keupayaan penggambaran dua lensa dengan sentuhan daripada Leica, dan juga bateri berkapasiti besar mencecah 4000mAh dengan teknologi Huawei SuperCharge yang menjanjikan masa mengecas yang sangat pantas. Apa yang lebih menariknya, Huawei Mate 9 menjadi peranti pertama daripada Huawei yang menerima antaramuka terbaru EMUI 5.0 yang berasaskan daripada Android 7.0 Nougat.
SPESIFIKASI
| Model | • MHA-L29 |
| Rangkaian Slot Kad SIM Slot SIM 1 Slot SIM 2 |
• GSM/WCDMA/LTE Cat12 (600/150 Mbps) • Dual SIM Dual Standby • nanoSIM • nanoSIM atau microSD |
| Platform Antaramuka |
• Android 7.0 Nougat • EMUI 5.0 |
| Cipset Bilangan Teras CPUSemikonduktor GPU |
• Huawei HiSilicon Kirin 960 • Octa Core • Quad Core 2.4 GHz Cortex-A73 + Quad Core 1.8 GHz Cortex-A53 + i6 co-processor • 16 nm FinFET Plu • Mali-G71 MP8 @ 900 MHz |
| Memori Dalaman RAM microSD |
• 64GB (UFS 2.1) • 4GB (LPDDR4) • sehingga 256 GB |
| Ukuran Berat |
• 156.9 x 78.9 x 7.9mm • 190g |
| Paparan Skrin Resolusi Kepadatan Piksel Ketepuan Warna Nisbah Kontras Nisbah Kerangka-ke-Skrin |
• 5.9 inci IPS LCD • 1080 x 1920 piksel • 373 ppi • 96% • 1500:1 • 77.5% |
| KAMERA UTAMA Resolusi Lensa Aperture Jenis Fokus Penstabilan Imej LED Flash Zum |
• Dual 20 Megapiksel (Monokrom) + 12 Megapiksel (RGB) • 2nd Generation Leica Summarit-H 1.2.2/27 ASPH • F2.2 • Advanced 4 Hybrid Auto Focus (PDAF/CAF/Laser AF/Depth AF) • Optical Image Stabilization (OIS) • Dual LED Real Tone Flash • 2x Hybrid Zoom |
| KAMERA DEPAN Resolusi Aperture Jenis Fokus |
• 8 Megapiksel • F1.9 • Auto Fokus |
| Jenis Bateri Kapasiti Bateri Pengecas Pantas Output Adapter |
• Lithium Polymer • 4000mAh • Huawei SuperCharge • 5V2A / 4.5V5A / 5V4.5A |
| WiFi Bluetooth USB USB OTG / Host Inframerah NFC |
• 802.11 a/b/g/n/ac • v4.2 • USB Type-C 1.0 • Ada • Ada • Ada |
| Sensor | • Pengimbas cap jari, G-Sensor, Gyroscope, Compass, Ambient Light Sensor, Proximity Sensor, Hall Sensor, Barometer |
PAKEJ PEMBELIAN
- Pelindung Skrin (siap dilekatkan pada peranti)
- Adapter Pengecas 5V2A / 4.5V5A / 5V4.5A
- Kabel USB Type-C
- Earphone
- Adapter USB-C ke microUSB
- Pin Slot SIM
- Casing
- Quick Start Guide
3 VARIASI BERBEZA DIPERKENALKAN
Untuk pengetahuan anda, selain daripada Huawei Mate 9, Huawei juga telah memperkenalkan dua lagi variasi berbeza siri tersebut dengan kemunculan Huawei Mate 9 Pro dan juga Porsche Design Huawei Mate 9. Berbeza dengan Huawei Mate 9, model Pro dan juga Porsche Design ini tampil dengan rekaan yang agak berbeza terutamanya pada saiz paparan skrin serta rekaan melengkung pada bahagian sisinya, dan juga kedudukan sensor pengimbas cap jari yang kini ditempatkan pada panel depan kerangka.

Apa Perbezaan Spesifikasi Tiga Variasi?!
| Huawei Mate 9 | Huawei Mate 9 Pro |
Porsche Design Huawei Mate 9 |
| 5.9 inci IPS LCD 1080 x 1920 piksel 373 ppi Nisbah Skrin-ke-Kerangka 77.5% |
5.5 inci Curved AMOLED 1440 x 2560 piksel 534 ppi Nisbah Skrin-ke-Kerangka 73.2% |
|
| 64GB (UFS 2.1) 4GB RAM LPDDR4 microSD (sehingga 256GB) |
64GB / 128GB (UFS 2.1) 4GB / 6GB RAM LPDDR4 microSD (sehingga 256GB) |
256GB (UFS 2.1) 6GB LPDDR4 X |
| Pengimbas cap jari terletak di panel belakang | Pengimbas cap jari terletak di panel depan | |
| Pilihan Warna Space Gray, Moonlight Silver, Champagne Gold, Mocha Brown, Ceramic White, Black (Hanya 2 warna sahaja diperkenalkan untuk pasaran tempatan iaitu Champagne Gold dan Mocha Brown) |
Pilihan Warna Space Gray, Moonlight Silver, Champagne Gold, Rose Gold |
Pilihan Warna Graphite Black |
HARGA JUALAN
Huawei Mate 9: RM 2,699 (64GB + 4GB)
Huawei Mate 9 Pro: RM 3,199 (64GB + 4GB) / RM 3,399 (128GB + 6GB)
Porsche Design Huawei Mate 9: RM 6,999 (256GB + 6GB)
PENAMPILAN FIZIKAL
Sama Tapi Tak Serupa!
Jika dilihat pada penampilan panel depan Huawei Mate 9, ia kelihatan sama sahaja seperti Huawei Mate 8. Bahkan mungkin ada di antara anda di luar sana yang akan terkeliru antara kedua-dua model ini. Apa yang membezakan antara kedua-dua generasi ini hanyalah kedudukan lensa depan dan juga sensor proximity. Selain itu, bucu kerangka Huawei Mate 9 juga kelihatan lebih lembut penampilannya.
< (Kiri) Huawei Mate 9 (Kanan) Huawei Mate 8
Skrin 5.9″ HD Penuh
Berbeza dengan generasi sebelum ini, saiz paparan skrin telah dikecilkan sedikit daripada 6.0 inci kepada 5.9 inci pada Mate 9. Walau bagaimanapun, sokongan resolusi paparan HD Penuh (1080 x 1920 piksel) masih dikekalkan sama seperti sebelum ini.
Dual Lensa Leica
Sama seperti panel depan, panel belakang Mate 9 juga tampil dengan rekaan yang hampir sama seperti generasi sebelumnya. Tetapi penerimaan dual lensa daripada Leica dengan kombinasi lensa 20 Megapiksel jenis monokrom dan juga lensa 12 Megapiksel jenis RGB. Malah ia juga turut dilengkapi dengan teknologi Laser Auto Fokus serta Dual LED Real Tone Flash yang kelihatan simetri kedudukannya.
Pengimbas Cap Jari
Kedudukan sensor pengimbas cap jari pada Mate 9 tampil dengan reka bentuk jenis bulat yang terletak di bahagian bawah lensa utama. Sebagaimana yang diketahui, sensor pengimbas cap jari yang dimiliki oleh peranti Huawei adalah antara yang terbaik kerana selain sangat pantas, ia juga menyokong pelbagai kawalan tambahan yang praktikal.
Speaker & Port USB
Walaupun tampil dengan rekaan dua lubang speaker, hanya lubang sebelah kanan sahaja menempatkan speaker, manakala lubang kiri pula menempatkan mikrofon. Apa yang menariknya, Mate 9 sebenarnya menyokong speaker berkualiti stereo yang mana lubang earpiece juga turut menghasilkan bunyi sama seperti iPhone 7. Selain itu, ia juga turut menyokong port USB Type-C dengan fungsi pengecas pantas dan USB OTG.
Port Audio & Inframerah
Kedudukan port 3.5mm audio jack masih dikekalkan sama sebagaimana Mate 8, tetapi lubang mikrofon telah digantikan dengan port inframerah yang tidak dimiliki oleh generasi sebelumnya. Ini bermakna anda boleh menggunakan Mate 9 sebagai alat kawalan jauh dengan adanya penyediaan aplikasi pra-pasang yang dikenali sebagai Smart Controller.
Sisi Kerangka
Huawei Mate 9 masih mengekalkan rekaan sisi kerangka kiri dan kanan yang sama seperti Mate 8 sebelum ini. Sisi kiri hanya menempatkan satu sahaja slot hibrid yang menyokong dua slot kad SIM jenis nano dan slot kad SIM kedua juga boleh digunakan untuk menempatkan kad microSD. Manakala sisi kanannya pula menempatkan butang melaras bunyi dan juga butang kuasa.
EMUI 5.0 – APA YANG TERBARU?!
Sebagaimana yang telah anda ketahui, Huawei Mate 9 merupakan peranti pertama keluaran Huawei yang dioperasikan dengan sistem operasi terbaru iaitu Android 7.0 Nougat. Apa yang lebih menariknya, ia juga menjadi peranti Huawei pertama menerima sentuhan antaramuka terbaru EMUI 5.0 yang menawarkan penampilan gaya yang lebih mirip seperti Android asal. Berikut adalah gaya persembahan terbaru antaramuka EMUI 5.0 yang pada pendapat kami mampu menarik perhatian pengguna terutamanya dengan sokongan antaramuka terbaru, fungsi menarik seperti Split Screen Mode (Multi-Window) dan juga App Drawer.
Lockscreen

Paparan lockscreen EMUI 5.0 telah menerima sentuhan Android 7.0 yang menawarkan kawalan lebih baik pada paparan notifikasi yang diterima. Selain itu, ia juga turut menyelitkan fungsi Pedometer (kiraan langkah) serta paparan ikon pintas yang lebih kemas dengan tambahan dua ikon pintas baru iaitu pemasa dan juga pengimbas kod QR.
Homescreen

Apa yang paling menariknya tentang EMUI 5.0 adalah sokongan gaya paparan homescreen yang sama seperti antaramuka Android standard dengan pilihan untuk mengaktifkan paparan App Drawer pada tetapan peranti. Sememangnya sokongan App Drawer ini sangat dinanti-nantikan oleh pengguna tegar Android.
Notification Area
Berbeza dengan versi EMUI sebelum ini yang mengasingkan paparan Notification Area dengan Quick Settings dalam tetingkap berbeza, EMUI 5.0 nampaknya telah menerima sentuhan baru sama seperti peranti Android 7.0 Nougat yang lain. Lebih menariknya, mesej yang diterima boleh terus dibalas pada paparan ini.
< (Kiri) Notification Area (Kanan) Quick Settings
Split-Screen Mode
Satu lagi fungsi menarik Android 7.0 Nougat yang disokong oleh EMUI 5.0 adalah Split-Screen Mode yang membolehkan pengguna mengoperasikan dua aplikasi secara serentak dalam satu paparan skrin yang sama. Apabila anda sedang menonton YouTube, sentuh sahaja butang Recent Apps selama beberapa saat untuk mengaktifkan fungsi Split-Screen Mode.
Recent Apps
Sebagaimana yang kita ketahui, paparan Recent Apps pada versi EMUI sebelum ini kelihatan mirip seperti yang dilihat pada platform iOS. Nampaknya EMUI 5.0 telah mengekalkan paparan standard Recent Apps Android dengan gaya kad yang boleh ditatal secara menegak dan bukannya melintang sebagaimana versi EMUI sebelum ini.
< (Kiri) EMUI 5.0 (Kanan) EMUI 4.0
Settings
Penampilan antaramuka Settings pada EMUI 5.0 kelihatan lebih menarik dan dan segar jika dibandingkan dengan antaramuka EMUI 4.0. Penambahbaikan utama yang dapat dilihat adalah ruangan ‘SUGGESTIONS’ yang akan dipaparkan pada bahagian atas sekali bagi membantu anda mengoptimumkan peranti, manakala sentuhan warna cyan pada EMUI 4.0 telah digantikan dengan warna baharu iaitu biru.
Kamera

Keistimewaan paling utama Huawei Mate 9 sudah tentunya sokongan kamera dwi lensa daripada Leica dengan perisian kamera yang boleh dikatakan antara yang terbaik untuk peranti mudah alih. Selain daripada mod penggambaran automatik, anda boleh mengaktifkan mod penggambaran Pro dengan hanya meleretkan bar yang terdapat di bawah viewfinder. Malah akses Settings dan juga pemilihan mod kamera juga boleh dibuat dengan mudah.
ZON UJIAN
UJIAN 1: PAPARAN
Huawei Mate 9
• 5.9 inci IPS LCD
• 1080 x 1920 piksel
• 373 ppi
Huawei Mate 8
• 6.0 inci IPS-NEO LCD
• 1080 x 1920 piksel
• 368 ppi
Samsung Galaxy A9 (2016)
• 6.0 inci Super AMOLED
• 1080 x 1920 piksel
• 367 ppi
Sony Xperia XA Ultra
• 6.0 inci IPS LCD
• 1080 x 1920 piksel
• 367 ppi
Untuk melihat sendiri kualiti paparan yang disokong oleh Huawei Mate 9, kami telah membandingkannya dengan generasi sebelum ini dan juga dua lagi model di pasaran yang turut menyokong saiz paparan skrin yang besar. Berdasarkan kepada ujian yang dibuat, kualiti paparan Huawei Mate 9 sememangnya jauh lebih baik secara keseluruhannya berbanding generasi sebelumnya, terutamanya dari segi tahap keterangan skrin yang setanding iPhone 7 Plus. Namun begitu, dari segi suhu warna ia tidak setanding keaslian warna paparan iPhone 7 Plus mahupun Samsung Galaxy S7 edge.
UJIAN 2: SPEAKER STEREO
Huawei Mate 9
• Speaker stereo
• Kedudukan speaker: Bawah & Depan
• Kualiti audio: 24bit/192kHz
Apple iPhone 7 Plus
• Speaker stereo
• Kedudukan speaker: Bawah & Depan
• Kualiti audio: 24bit/192kHz
HTC 10
• Speaker stereo
• Kedudukan speaker: Bawah & Depan
• Kualiti audio: 24bit/192kHz
ZTE Axon 7
• Speaker stereo
• Kedudukan speaker: Depan
• Kualiti audio: 32bit/192kHz
Tidak dinafikan lagi, sokongan speaker stereo pada Huawei Mate 9 adalah jauh lebih lantang jika dibandingkan dengan tiga lagi pesaingnya yang juga turut menyokong speaker stereo. Walau bagaimanapun, agak mengecewakan kerana speaker stereo kedua yang terletak pada lubang earpiece Huawei Mate 9 menghasilkan bunyi yang agak perlahan jika dibandingkan dengan pesaingnya yang lain kerana hanya speaker yang terletak di bahagian bawah kerangkanya sahaja yang menghasilkan bunyi yang lantang. Bahkan hanya model ZTE Axon 7 sahaja di dalam senarai ini yang menyokong audio 32bit / 192kHz yang menjanjikan kualiti bunyi jauh lebih baik.
UJIAN 3: BENCHMARK
Huawei Mate 9
• HiSilicon Kirin 960 (Octa Core)
• 16 nm FinFET Plus
• Quad Core 2.4 GHz Cortex-A73 +
Quad Core 1.8 GHz Cortex-A53 +
i6 co-processor
• Mali-G71 MP8 @ 900 MHz
Samsung Galaxy S7 Edge
• Samsung Exynos 8890 (Octa Core)
• 14 nm FinFET LPP
• Quad Core 2.3 GHz Mongoose +
Quad Core 6 GHz Cortex-A53
• Mali-T880 MP12 @ 650 MHz
ASUS ZenFone 3 Deluxe
• Qualcomm MSM8996Pro
Snapdragon 821 (Quad Core)
• 14 nm FinFET LPP
• Dual Core 2.4 GHz Kryo +
Dual Core 1.6 GHz Kryo
• Adreno 530 @ 650 MHz
Sokongan pemproses terbaru HiSilicon Kirin 960 pada Huawei Mate 9 sememangnya boleh dianggap antara yang terbaik di pasaran. Ini jelas dapat dilihat melalui keupayaan prestasi ujian benchmark yang telah dijalankan bersama-sama dengan dua lagi model yang masing-masing tampil dengan pemproses terbaik. Berdasarkan kepada ujian benchmark yang telah dijalankan oleh kami, keupayaan Huawei Mate 9 sememangnya setanding atau lebih baik jika dibandingkan dengan cipset Qualcomm MSM8996 Snapdragon 821 dan juga Samsung Exynos 8890 yang sememangnya sudah diketahui umum akan keupayaan prestasinya.
UJIAN 4: PENGECAS PANTAS
Huawei Mate 9
• 4000mAh
• Huawei SuperCharge
• 5V2A / 4.5V5A / 5V4.5A
(10W / 22.5W / 22.5W)
Samsung Galaxy S7 Edge
• 3600mAh
• Samsung Adaptive Fast Charger
(Quick Charge 2.0)
• 5V2A / 9V1.67A (10W / 15W)
OnePlus 3
• 3000mAh
• Dash Charge
• 5V4A (20W)
OPPO R7 Plus
• 4100mAh
• OPPO VOOC Charge
• 5V4A (20W)
Perbandingan Ujian Mengecas 0% – 100%
Ujian Mengecas 10% – 100%
Proses mengecas dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan bateri masih lagi berbaki 10%.
Selepas 30 minit dicas, peratusan bateri telah meningkat sebanyak 58% kepada 68%.
Selepas 1 jam dicas, peratusan bateri telah meningkat lagi sebanyak 38% kepada 96%.
Bateri berjaya dicas sepenuhnya kepada 100% dalam tempoh 1 jam 7minit atau 67 minit.
Jika dilihat pada masa mengecas yang diambil, jelas dapat dilihat bahawa OnePlus 3 mengambil masa yang paling cepat untuk dicas penuh. Tetapi ini tidak bermakna ia adalah pemenang kerana OnePlus 3 menyokong kapasiti bateri yang paling kecil iaitu hanya 3000mAh. Jadi sekiranya aspek kapasiti bateri dan juga masa untuk mengecas penuh diambil kira, OPPO R7 Plus merupakan pemenangnya kerana ia dibantu oleh teknologi OPPO VOOC Charge yang sentiasa menyokong output 5V4A (20W) pada setiap masa. Namun begitu teknologi terbaru Huawei SuperCharge sememangnya tidak boleh diperkecilkan keupayaannya kerana ia juga sangat pantas dengan tenaga mengecas maksimum mencecah sehingga 22.5W.
Apabila anda mengecas Huawei Mate 9 menggunakan adapter khas yang disediakan dalam pakej pembelian dengan sokongan output 5V2A / 4.5V5A / 5V4.5A, notifikasi ‘Super charging’ akan dipaparkan pada paparan lockscreen memandangkan teknologi Huawei SuperCharge telah diaktifkan. Sekiranya adapter pengecas lain digunakan, notifikasi hanya memaparkan ‘Charging’ sahaja.
HASIL GAMBAR








KELEBIHAN
- Walaupun Huawei Mate 9 hanya menyokong paparan skrin 5.9 inci dengan resolusi berkualiti 1080p dan bukannya 2K sebagaimana model premium yang lain, tahap keterangan skrinnya adalah jauh lebih baik berbanding peranti premium lain.
- Pemproses terbaru HiSilicon Kirin 960 menawarkan prestasi yang sangat pantas setanding pemproses berkuasa yang lain di pasaran seperti Qualcomm Snapdragon 821 ataupun Samsung Exynos 8890.
- Antaramuka EMUI 5.0 berasaskan Android 7.0 Nougat dengan sokongan fungsi natif Android seperti App Drawer dan Split-screen sememangnya mampu menarik perhatian pengguna tegar Android.
- Sokongan kapasiti bateri yang besar iaitu mencecah 4000mAh menjanjikan masa penggunaan yang sangat baik dan proses mengecas juga terasa sangat cepat dengan adanya teknologi terbaru Huawei SuperCharge.
KEKURANGAN
- Berbanding dengan kebanyakan peranti premium yang lain, Huawei Mate 9 masih lagi tidak diperkenalkan dengan fungsi kalis air dan debu.
- Sekiranya anda merupakan salah seorang pengguna yang sangat mementingkan aplikasi pra-pasang radio FM, Huawei Mate 9 mungkin tidak sesuai untuk anda kerana ia tidak lagi disediakan dengan aplikasi tersebut sebagaimana Huawei Mate 8.
- Walaupun kerangka Huawei Mate 9 sedikit kecil berbanding Huawei Mate 8, ia memiliki kerangka yang lebih berat berbanding generasi sebelumnya itu.
- Rekaan Huawei Mate 9 sememangnya premium dengan penggunaan kerangka logam jenis unibodi, tetapi secara keseluruhannya ia menampilkan rekaan yang kurang menyerlah jika dibandingkan dengan peranti premium yang lain.










