Strava Melantik Ketua Pegawai Eksekutif RISE sebagai ahli Lembaga Pengarah

Diahann Billings-Burford membawa pengalaman kepakaran dan kepemimpinan pembangunan komuniti yang luas ke dalam platform sosial para atlet yang sedang berkembang pesat.

SAN FRANCISCO, 30 Jun 2021 /PRNewswire/ — Strava, platform sosial terkemuka untuk para atlet dan komuniti sukan terbesar di dunia dengan lebih 86 juta atlet yang semakin meningkat, hari ini mengumumkan pelantikan ahli Lembaga Pengarah, Diahann Billings-Burford, Ketua Pegawai Eksekutif RISE, sebuah organisasi kebangsaan bukan berasaskan keuntungan yang mendidik dan memperkasa komuniti sukan untuk menghapuskan diskriminasi kaum, menegakkan keadilan sosial dan memperbaiki hubungan kaum.

Diahann Billings-Burford
Diahann Billings-Burford

Pelantikan penting ini berlaku pada waktu kemuncak kemunculan Strava dengan komunitinya yang terdiri daripada lebih 86 juta atlet yang terus berkembang pesat dengan pertambahan sebanyak dua juta atlet setiap bulan. Pertumbuhan tersebut telah mewujudkan fokus baharu dalam memastikan struktur ahli Lembaga Pengarah dengan barisan kepemimpinan yang mempunyai kepakaran dan strategi perniagaan yang akan terus mempercepat pertumbuhan komunitinya serta kedudukan Strava sebagai komuniti sukan terbesar di dunia.

“Diahann ialah seorang pembangun komuniti yang mahir yang telah berkhidmat di kesemua sektor swasta, awam dan bukan berasaskan keuntungan. Keupayaan dan pemahamannya yang mendalam tentang kepentingan mendapatkan pandangan yang berbeza dan menyesuaikannya di bawah satu rangka kerja dan objektif yang sama akan membantu mempercepatkan Strava dalam memenuhi misinya,” kata Michael Horvath, Ketua Pegawai Eksekutif Strava.

Misi tersebut dikaitkan secara langsung dengan komitmen Strava untuk menghubungkan atlet dengan apa sahaja yang memotivasikan mereka serta membantu mencari yang terbaik bagi diri mereka.

“Saya bukan hanya kagum dengan visi yang dinyatakan oleh Pengasas dan Pengasas Bersama Mark Gainey dan Michael Horvath, malah kagum dengan keterbukaan dan ketelusan mereka dalam menangani peluang-peluang yang dirasakan wujud dalam Strava. Keinginan untuk membangunkan komuniti pelbagai atlet menjadi kunci kepada peningkatan langganan pada masa hadapan, namun untuk mengungkapnya, kita perlu melaburkan lebih banyak masa dan tenaga secara kolektif dalam pembinaan komuniti tersebut menggunakan pengalaman yang ada sekarang. Strava amat komited untuk membangunkan platform yang benar-benar inklusif dan saya amat gembira dapat membawa perspektif dan pengalaman kepemimpinan yang mendalam ini untuk membantu mereka membina ekosistem baharu. Kami baru sahaja di peringkat permulaan perjalanan kami,” kata Billings-Burford.

Pengalaman yang disebutkan di atas yang dibawa oleh Billings-Burford, dilaksanakan secara terperinci di seluruh sektor bukan berasaskan keuntungan, syarikat swasta dan awam. Beliau merupakan siswazah daripada Yale University dan Columbia School of Law dan menerima J.D.(Doktor Falsafah Undang-undang) serta telah memegang beberapa jawatan kepemimpinan terkemuka termasuk berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif Pelaburan Kebudayaan dan Naib Presiden Time Warner Foundation, Time Warner. Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Perkhidmatan Bandar Raya New York di Pejabat Datuk Bandar selama beberapa tahun yang berusaha membantu 1.3 juta warga New York untuk dihubungkan kepada peluang perkhidmatan dengan lebih mudah dan menyasarkan sukarelawan untuk mengendalikan keperluan terbesar serta mempromosikan perkhidmatan di bandar ini.

Memahami perkara ini memerlukan tindakan bermatlamat yang memakan masa demi mencipta perubahan yang berkekalan, Diahann dan RISE telah membawakan program berorientasikan penyelesaian kepada komuniti sukan pada waktu yang julung-julung kali terjadi. Beliau telah membantu meningkatkan kerjasama di lebih 35 buah negeri dan wilayah utama seperti Los Angeles, Florida Selatan dan Minneapolis serta membangunkan kerjasama berbilang tahun di peringkat profesional dan kolej. Diahann juga telah mengarahkan RISE untuk menjalinkan kerjasama dengan lebih 650 rakan kongsi sejak tahun 2020, termasuk beratus-ratus bengkel di kesemua peringkat sukan profesional, kolej dan belia yang memperkasakan pemimpin inklusif serta mewujudkan budaya sukan yang lebih saksama dan inklusif.

Tentang Strava

Strava ialah platform sosial terkemuka untuk para atlet dan komuniti sukan terbesar di dunia dengan lebih 86 juta atlet di 195 buah negara. Jika anda berpeluh, anda seorang atlet dan aplikasi mudah alih serta laman web Strava menghubungkan berjuta-juta individu yang aktif setiap hari. Strava memberikan para atlet cara yang mudah dan menyeronokkan untuk terus bermotivasi dan bersaing sesama sendiri serta orang lain tanpa perlu berada di tempat yang sama pada masa yang sama. Semua atlet boleh menyertai Strava tanpa mengira tempat tinggal mereka, sukan yang digemari atau peranti yang mereka gunakan. Sertai komuniti ini dan terokai dunia sukan terbaik anda dengan melanggan Strava.

Foto – https://mma.prnasia.com/media2/1553461/strava_headshotdbb1.jpg?p=medium600  

Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Social Media Sports Personnel announcements

Source: PRNEWSWIRE

You might also like