CGTN: Komuniti manusia dengan masa depan yang dikongsi bersama: Jawapan China kepada pertanyaan Gauguin

- Iklan -

BEIJING, 16 Jun 2021 /PRNewswire/ — Artis Perancis Paul Gauguin (1848-1903) memaparkan kitar hayat manusia dengan pendekatan bagaikan mimpi dan puitis dalam lukisan yang beliau anggap sebagai karya agung.

CGTN: Komuniti manusia dengan masa depan yang dikongsi bersama: Jawapan China kepada pertanyaan Gauguin
CGTN: Komuniti manusia dengan masa depan yang dikongsi bersama: Jawapan China kepada pertanyaan Gauguin

Ia bermula dengan seorang bayi di sebelah kanan dan berakhir dengan wanita tua yang kusut masai di sebelah kiri. Tajuknya bertanya: Dari Mana Asal Kita? Apakah Kita? Ke Mana Kita Akan Pergi?

Presiden Xi Jinping memberikan jawapan China kepada pertanyaan Gauguin dalam ucapan PBB 2017.

“Wariskan obor keamanan dari generasi ke generasi, lestarikan pembangunan dan jadikan peradaban berkembang maju: inilah apa yang diinginkan oleh rakyat di semua negara; ia juga merupakan tanggungjawab yang harus dipikul oleh negarawan generasi kita. Dan proposisi China ialah: bina satu komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia dan capai pembangunan yang dikongsi bersama dan saling menguntungkan.”

Sebuah masyarakat manusia dengan masa depan yang dikongsi bersama yang dimiliki oleh semua orang, menghormati kedaulatan dan menolak sistem yang tidak adil yang meletakkan mereka yang lemah bergantung kepada yang berkuasa.

Tanggapan China untuk komuniti yang seumpamanya menggabungkan konsep takdir Barat yang menekankan ketidakterhindaran dan konsep India (Buddha) yang cenderung ke arah untung nasib.

Autonomi ialah prasyarat. Berdasarkan perkara ini, ia mengatasi perbezaan dalam kepentingan negara. Kepentingan bersama mengikuti tanggungjawab bersama yang membawa kepada masa depan yang dikongsi bersama.

Di dalam dunia yang terpencar, manusia perlukan prinsip panduan. Di sinilah di mana komuniti manusia dengan masa depan bersama memainkan peranan.

Konsep ini merangkumi tiga misi:

Pertama, memajukan pembangunan global bersama, menggalakkan kebangkitan semula peradaban manusia yang sama dan menyatukan umat manusia di seluruh dunia.

Kedua, menawarkan penyelesaian Cina kepada masalah yang dihadapi oleh umat manusia. Di bawah konsep ini, autonomi mengatasi takdir menjangkaui kebergantungan teras pinggiran, takdir bersama mengatasi kesalingbergantungan dan pengertian terhadap komuniti manusia dengan masa depan yang dikongsi bersama berjaya mengatasi paradoks.

Ketiga, era baharu yang ditakrif oleh AI dan IoE memungkinkan anjakan daripada pertukaran budaya kepada inovasi. Ia membuka laluan kepada masa depan di mana teori evolusi linear menjadi lapuk, sentrisme Barat ditolak dan antroposentrisme tidak lagi mempengaruhi.

Idea-idea ini menjadi teras komuniti global dengan masa depan yang dikongsi bersama.

Membinanya bukanlah slogan kosong, tetapi boleh dicapai melalui Inisiatif Jalur dan Jalan, satu bentuk hubungan antarabangsa dan rangkaian rakan kongsi keterhubungan global baharu.

Saling hubungan manusia menggalakkan kawalan, dan bukannya penerimaan pasif terhadap takdir.

https://news.cgtn.com/news/2021-05-26/A-human-community-with-a-shared-future-China-s-answer-to-Gauguin–10zuadU9s2Y/index.html

Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Television

Source: PRNEWSWIRE

You might also like